Selasa, 25 Jun 2013

Ujian Dari ALLAH S.W.T

Assalammualaikum.... Sudah begitu lama tak update blog ni... Baru-baru ini negara kita mengalami pencemaran udara iaitu jerebu.... Banyak juga aktiviti luar yang aku tak boleh nak buat dah... Budak sekolah dah diberikan cuti. Ni adalah sebahagian  tempat yang mengalami jerebu..






Oleh kerana keadaan yang semakin teruk, kita perlulah mengambil langkah sepanjang jerebu ini berlaku. Langkah-langkah mengatasi yang boleh diambil melalui tahap indeks pencemaran udara.


Indeks Pencemaran Udara
Langkah-langkah Mengatasi
101-150(lebih 24 jam)



Keadaan tidak sihat

Lebih 72 jam
·        Kurangkan aktiviti menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti menyembur dan mengecat.
·        Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor

·        Penggunaan bahan bakar yang 'bersih'(kandungan belerang rendah atau bahan bakar gas)
151-200(lebih 72 jam)
Keadaan masih tidak sihat
·        Menasihati orang awam menjauhi tempat ber jerebu.
·        Pengharaman pembakaran secara terbuka
·        Pengurangan guna bahan bakar cecair sebanyak 30% dan kawalan lebih ketat kepada industri.
201-250(lebih 48 jam)
Keadaan lebih tidak sihat
251-300(lebih 48 jam)
Keadaan amat tidak sihat,Amaran
·        Penggunaan kenderaan seperti bas dan lori di gantung.
·        Mengurangkan waktu sekolah dan masa bekerja.
·        Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat.
301-400(lebih 24 jam)
Merbahaya,Kecemasan
·        Sekolah ditutup
·        Hari kerja selang hari
·        Pengharaman kenderaan persendirian
Melebihi 400
Amat merbahaya,Darurat
·        Isytihar keadaan darurat
·        Pemindahan ke tempat lebih selamat.

Jagalah kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling ..... Moga ada hikmat yang akan diberikan oleh ALLAH disebalik apa yang berlaku sekarang...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan