Selasa, 25 Jun 2013

DIHALAU ASRAMA

Assalammualaikum.......
Kalau kamu semua baca topik saya hari  ini kamu semua akan tahu yang sekarang ini hati saya tengah panas sangat dengan pihak asrama KPTM Bangi..... Pendaftaran untuk sem 5, 4 hari je lagi. Tapi sepanjang seminggu ini pening kepala saya bila dapat tau yang saya x ytak dapat duduk asrama tuk sem 5. Panasnya hati.....



Saya rasa macam buang masa je masa saya dan kawan saya berhimpit dalam pejabat asrama untuk bayar deposit asrama untuk sem 5... Kalau rasa macam tak muat orang untuk duduk dalam asrama, lebih baik cakap "Budak sem atas dikehendaki duduk diluar kerana tidak cukup tempat", kan senang...
Dah lah masa itu, ramai budak yang tak mandi lagi berhimpit dengan saya sebab nak bayar deposit. Tapi akhirnya, sia - sia je semua tu........ Sekarang ini dah kena cari rumah. Tapi nasib baik kawan saya dah dapat  rumah tapi jauhlah pulak. Tak pelah... tak lama pun duduk umah tu. hanya 5 bulan je... Mungkin hari khamis atau hari jumaat saya akan masuk rumah... Apa - apa pun harap sangat saya akan selesa duduk rumah tu.
Doakan lahh..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan